Saturday, 7 November 2015

Khasiat Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah

Menurut kajian saintifik madu serta produk- produk lain seperti bee pollen, royal jelly serta propolis yang dihasilkan oleh lebah, dikatakan sangat berguna terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan malah ada penyakit dikatakan sembuh dengan menggunakan rawatan tradisional menggunakan propolis kerana jelas menurut kajian saintifik yang telah dibuat, madu sesungguhnya mengandungi beberapa vitamin, mineral serta enzim-enzim utama yang memang amat diperlukan oleh badan manusia untuk kekal sihat.
Antara penyakit-penyakit tersebut adalah:

1.     Diabetes mellitus ( Kencing Manis )            10. Batuk Kering
2.     Stroke                                                            11. Batuk
3.     Hepatitis ( Hati )                                            12. Gastrik
4.     Kanser                                                            13. Resdung
5.     Hipertensi ( Darah Tinggi )                            14. Lendir Kahak
6.     Batu Karang                                                    15. Sukar Tidur
7.     Buasir                                                              16. Sakit Kepala
8.     Asthma                                                            17. Sakit Sendi
9.     Alahan                                                             18. Gout

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:

Ø Mengembalikan kekuatan tubuh badan.

1.     Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2.     Memulihkan sel-sel urat besar.
3.     Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4.     Merangsang tenaga batin.

Ø Membersih dan menambah darah.

1.     Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2.     Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3.     Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4.     Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Ø Mengelak cacing perosak dalam perut.
Ø Menambah kelazatan makanan.
Ø Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
Ø Mudah dan cepat diserap oleh badan.
Ø Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
Ø Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
Ø Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
Ø Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
Ø Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
Ø Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
Ø Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Ø Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
Ø Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
Ø Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
Selain daripada menghasikan madu, lebah kelulut juga menghasilkan bee bread ( roti lebah ) dan propolis yang mempunyai khasiat perubatan.







Khasiat Propolis

1.        Antibiotik yang hebat.
2.        Antibakteria.
3.        Antifungal.
4.        Antivirus.
5.        Antioksidan.
6.        Memperkuat sistem kekebalan tubuh.
7.        Antiseptik.
8.        Immunostimulan.
9.        Antitoksin.
10.      Berperanan sebagai anestetik.
11.      Memperkuat dan mempercepat pertumbuhan sel.


Madu lebah kelulut ini juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotic semulajadi. Kalau dibandingkan dengan madu lebah biasa, madu lebah kelulut lebih 2 kali ganda terutamanya untuk tenaga iaitu 20 gram madu lebah biasa menyamai 10 gram madu kelulut. 

No comments:

Post a Comment